Wednesday, February 10, 2010

KURMA

Nama saintifik : Phoenix dactyalifera

Nama daerah :
* Kurma
* Tamar
* Kurma Nabi
* Kurma cina

Kebaikan :
* Memudahkan untuk ibu bersalin
* Menjana kecergasan tenaga badan
* Mencegah barah usus besar
* Membantu melancarkan sistem saraf.
* Menguatkan daya ingatan
* Melegakan sembelit, lemah otot dan sengal- sengal badan
* Meredakan tekanan darah tinggi
* Menambahkan tenaga batin

EKSTRAK HERBA

TBE telah menghasilkan ekstrak-ekstrak herba untuk kegunaan industri makanan, minuman kesihatan dan kosmetik tempatan dalam bentuk serbuk (spray dry) seperti :

* Tongkat Ali
* Manjakani
* Tunjuk Langit
* Lengkuas
* Misai Kucing
* Senduduk
* Daun Mengkudu
* Buah Mengkudu
* Bunga Raya
* Manggis (kulit)
* Sirih
* Halia
* Kismis
* Mangga
* Kurma


HERBA YANG DIKISAR (GRINDING HERB)

* Daun Mengkudu
* Daun Senduduk
* Buah Mengkudu
* Daun Kaduk
* Daun Sirih
* Lengkuas
* Daun Beberas
* Daun Tutup Bumi
* Daun Dukung Anak
* Akar Lalang
* Bakawali
* Daun Bebaru
* Daun Hempedu Bumi
* Misai Kucing


UNTUK PERTANYAAN :

Tropical Bioessence Marketing
No. ST 519, Jalan Tunas Baru, Seksyen 1/4,
Kawasan Perindustrian MIEL Masjid Tanah
78300 Melaka.
Fax : 06 - 384 2900
Email :aromasutra@yahoo.com
Tel : 019 - 752 6867 RUSDI

Tuesday, February 9, 2010

HEMPEDU BUMI

Nama saintifik : Andrographis paniculata

Nama daerah :
Chuan xin lian
Nilavembu
Pasak Bumi
Sambiloto
Setunjang bumi
Cengkam

Hempedu bumi adalah herba semusim yang tumbuh tegak dengan ketinggian kira-kira 30-80cm. Daunnya memanjang dan menirus di hujung. Urat daunnya pula seperti bulu burung dan warnanya hijau pekat. Batang hempedu bumi terbentuk empat segi. Manakala buahnya menyerupai kapsul dan kosong di bahagian dalamnya dan panjang sekitar 2-4cm. Bunga hempedu bumi berjambak, berwarna putih dan kecil. Bunganya tumbuh sekali sekala dan jarang-jarang pada setiap tangkai.

Kebaikan :
* Merawat penyakit kencing manis
* Darah tinggi
* Sakit jantung
* Kanser
* Gangguan antoimun termasuk HIV dan AIDS 

BAKAWALI

Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.

Kebaikan :
• Mencerahkan penglihatan dan mengubat masalah penglihatan
• Menstabilkan sistem untuk mendatangkan keseimbangan mental,
  emosi, spiritual dan fizikal.
• Merawat penyakit darah tinggi
• Merawat bengkak, bisul, kecederaan dan luka
• Merawat batuk darah, batuk tibi, pendarahan dalam rahim, dan
  sakit radang tekak.
• Meratakan tona kulit muka dan sebagai pengganti toni dalam
  kesihatan tubuh badan.

AKAR LALANG

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.
Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.

Kebaikan :
* Mengubati bengkak pada bahagian bawah usus
* Meredakan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar
* Meredakan rasa tidak selera perut akibat terlalu penuh atau angin
   tidak keluar.
* Meredakan batuk
* Mengatasi masalah jangkitan saluran kencing
* Meningkatkan aliran air kencing
* Mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan
   lenguh sendi.
* Mengatasi masalah tekanan darah tinggi
* Mencegah pembengkakan otot
* Mengurangkan demam

DUKUNG ANAK

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.

Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.

Kebaikan :
* Menambahkan susu badan
* Mengubati penyakit cirit-birit
* Menurunkan tekanan darah tinggi
* Mengubati kudis dan luka
* Mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning
* Penawar sakit dada
* Penawar orang yang menghidap sakit batuk berdarah
* Merawat masalah ginjal,hati,luka,lebam,ulser,sembelit,hepatitis B
* Membersihkan darah
* Meredakan penyakit gonorea,siflis,selsema

BEBERAS

Pokok ini jenis rendah dan tumbuh di hutan atau di pinggir kampong. Buahnya hitam kebiruan dan lebarnya 6-8 cm, terletak di atas cabang infloresens yang gemuk dan berwarna putih. Bunganya berwarna putih atau kekuningan.

Kebaikan :
* Merawat penyakit malaria
* Merawat batuk

TUTUP BUMI

Nama botanikalnya ialah Elephantopus scaber. Tumbuhan tutup bumi kurang popular di karangan masyarakat negara kita disebabkan ia bukan daripada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan bahan hiasan dalaman atau halaman luar rumah. Namun demikian, tumbuhan tutup bumi mudah dikenali kerana daunnya berbulu di kedua-dua permukaan dan bergerigi di tepi sewaktu kita membersihkan kawasan halaman atau persekitaran rumah.
Tumbuhan tutup bumi senang tumbuh di kawasan padang rumput, tepi jalan ataupun tanah terbuka.
Walaupun, ia mudah ditemui tetapi tumbuhan ini sememangnya mempunyai khasiat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan diri.
 
Kebaikan :
* Merawat selesema, sakit tekak, batuk, anemia (wanita dan kanak-
   kanak)
* Merawat haid tidak teratur

Monday, February 8, 2010

TEKNOLOGI PEMPROSESAN

TEKNOLOGI PEMPROSESAN DAN PENGEKSTRAKAN
DI TROPICAL BIOESSENCE (TBE)

TBE adalah merupakan sebuah pusat sehenti untuk herba dan fitokimia. Di sini terdapat beberapa teknologi proses yang sesuai untuk mengeluarkan bahan aktif daripada tumbuhan yang larut air (water soluble). Bahan ekstrak adalah lebih baik berbanding bahan yang dikisar kerana selain dari larut air, bahan ekstrak ini juga mudah dihadamkan di dalam perut.
Pengekstrakan dijalankan secara moden, pasti ini merupakan cara paling efektif untuk mengekalkan keaslian sesuatu herba. Melalui pengekstrakan maka bahan yang tidak larut dan tidak dicernakan adalah terdiri daripada selulosa dan serat.


PROSES PENGEKSTRAKAN

1. Sesuatu herba perlulah dikeringkan dengan menggunakan oven untuk mengelakkan kelembapan yang boleh mengakibatkan pembiakan kulat. Ini dilakukan untuk menjaga kualiti sesuatu produk yang dihasilkan.
2. Bahan tersebut akan dikisar kasar sebelum dimasukan ke dalam tangki.
3. Kemudian direbus sehingga mencecah suhu yang telah ditetapkan bagi mengeluarkan pati yang terdapat di dalam bahan mentah.
4. Selepas pati ditapis, cecair atau pati herba berkenaan akan disembur kering dengan menggunakan alat sembur kering
(spray dry) bagi menukarkan pati kepada serbuk yang mudah larut air.
5. Serbuk herba kemudiannya akan dibungkus kepada setiap 1kg untuk kegunaan pihak industri tertentu bagi formulasi produk mereka.


CIRI-CIRI EKSTRAK
* MANFAAT, KEBERKESANAN DAN KESELAMATAN
* PRODUK BERFORMULASI TINGGI
* KUALITI PIAWAIAN
* PENJIMATAN DAN EKONOMI


1. MANFAAT, KEBERKESANAN DAN KESELAMATAN
Kebanyakan pengusaha-pengusaha herba hari ini hanya mengisar halus bahan mentah, dikapsulkan dan terus dijual kepada pengguna. Ini sebenarnya boleh memudaratkan pengguna sendiri kerana bahan yang dikisar boleh mengakibatkan proses pencernaan tubuh akan terganggu khususnya gastro usus.
Dengan adanya teknologi pengekstrakan, bahan yang larut air telah dihasilkan. Ini memudahkan penyerapan herba ke dalam sistem pencernaan dan seterusnya membantu mencapai keberkesanan dan manfaat sesuatu herba itu berfungsi apabila dimakan serta diambil dalam kuantiti yang betul lagi teratur.

2. PRODUK BERFOMILASI TINGGI
Bahan ekstrak lebih mudah digunakan kerana dalam pembuatan kosmetik dan nutraseutikal ia lebih mudah diadun dan ini memudahkan lagi kerja-kerja penyelidikan.

3. KUALITI PIAWAIAN
Dengan permintaan yang semakin meningkat bagi produk herba yang digunakan di seluruh dunia telah menyebabkan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan penyelidik-penyelidik menawarkan kaedah-kaedah baru bagi mencapai tahap kualiti, efikasi dan keselamatan.
Tahap piawaian yang tinggi bagi ekstrak tumbuhan dilakukan untuk memastikan sesuatu ekstrak tertentu konsisten dan berulang dalan menentukan mutu keberkesanan dan penerimaan bagi bahan aktif tumbuhan.
Ujian biologi dan ujian kimia dijalankan ke atas proses ini bagi menentukan kualiti produk yang dihasilkan.
Pada masa kini, ia menjadi teknologi utama untuk mencapai tahap dipatenkan dan dikomersialkan. Tambahan lagi, ekstrak piawai secara teorinya mempunyai kesan terapeutik yang tinggi berbanding keseluruhan herba atau ekstrak tidak mempunyai tahap piawaian.

4. PENJIMATAN DAN EKONOMI
Bahan mentah yang diekstrak secara ekonomi dapat menjimatkan masa kerana hasil ekstrak yang tersendiri telah merangkumi keseluruhan herba.
Bahan ekstrak dalam bentuk serbuk, mempunyai jangka hayat yang lebih lama kerana sukar mengalami kontaminasi berbanding dalam bentuk cecair.

Perkhidmatan yang ditawarkan :
* Penulenan dan pengekstrakan herba / fitokimia
* Pemprosesan herba / fitokimia
* Penyemburan kering dan pengeringan beku


UNTUK PERTANYAAN :
Tropical Bioessence Marketing
No. ST 519, Jalan Tunas Baru, Seksyen 1/4,
Kawasan Perindustrian MIEL Masjid Tanah
78300 Melaka.
Fax : 06 - 384 2900
Email : aromasutra@yahoo.com
Tel : 019 - 752 6867 RUSDI

Sunday, February 7, 2010

KADUK


Nama saintifik : Piper sarmentosum

Nama daerah :
* Sirih duduk
* Kaduk kampung
* Thippli
* Daun Cabei

Tanaman ini tumbuh menjalar. Ia mudah tumbuh di kawasan yang teduh dan lembab atau di bawah teduhan.
Daun kaduk seperti daun sirih dan berbentuk jantung. Bahagian tepi daun dan permukaan daun melancip di hujungnya. Daunnya nipis dan berwarna hijau tua atau hijau muda. Daun kaduk mempunyai bau seperti daun sirih yang lemah.
Batang pokok kaduk lembut dan mudah dipatahkan. Batangnya berambut. Diameter batangnya adalah antara 0.3cm - 0.7cm. Batang pokok kaduk terlindung kerana daunnya yang lebat dan merimbun.
Bunga kaduk kecil-kecil tersusun padat pada satu jambak di hujung tangkai yang terselit di celah-celah daun. Jambaknya pendek dan berwarna putih. Buahnya pula berwarna hijau dan sukar kelihatan. 

Kebaikan :
* Mengubati sakit pinggang
* Membantu merawat selsema, sakit kepala, hidung, telinga, ulser,  
   demam malaria, batuk yang berpanjangan
* Merawat bengkak hati
* Merawat penyakit kecacingan
* Menurunkan suhu panas badan
* Membuang angin dalam badan

Saturday, February 6, 2010

POKOK TUNJUK LANGIT

Buah Tunjuk Langit atau di kenali sebagai Skyfruit. Khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah di proses secara saintifik dan di pek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia, dan keberkesanan nya telah terbukti.
Di samping itu, Skyfruit juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protien, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Keistimewaan Skyfruif adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Kebaikan :

Tumbuhan ini adalah alternatif yang mampu merawat dan membantu masalah:
* Sakit lemah syahwat
* Gout
* Kuruskan badan
* Sakit jantung
* Lemah jantung
* Sakit sendi
* Migrain


Kandungan Aktif dalam Buah Tunjuk Langit (SkyFruit) :


1. Flavonoids
* Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat
* Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
* Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
* Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti-inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
* Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
* Bertindak sebagai anti pengoksidaan.
* Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)

2. Saponins
* Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.
* Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
* Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
* Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah

Thursday, February 4, 2010

SENNA


Senna adalah sejenis tanaman semusim yang renek.Tanaman ini mempunyai batang berkayu lurus, bercabang dan berwarna hijau pucat. Ketinggiannya boleh mencapai 60- 100 cm. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun. Kudup senna mekah akan keluar setelah 40 hari penanaman dan berkembang sepenuhnya selepas 65 hari. Bunganya berwarna kuning serta buahnya berbentuk pipih dan lembut. Buahnya ini berwarna perang kehijauan ketika muda dan perang gelap setelah matang.
Nama lain : Mecca senna, Tinnevelly senna (Inggeris), Nilavarai (India), Fan xia ye (China)

Kebaikan :

* Mengurangkan berat badan
* Melancarkan sistem pembuangan
* Membersihkan kerak usus
* Merawat penyakit kulit
* Mencegah sembelit
* Mengurangkan penyakit anemia
* Merawat reumatisme
* Merawat penyakit kuning
* Merawat taun dan radang bronkitris

MAS COTEK

Nama saintifik : Ficus deltoidea

Nama daerah :
* Mas Cotek
* Pokok Barito
* Pokok Raja Ubat

Mas cotek adalah tumbuh-tumbuhan yang hidup meliar di kawasan timur Semenanjung Malaysia dan ia adalah amat popular di antara pengamal-pengamal perubatan tradisional. Pokok-pokok itu terdapat di kawasan hutan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Pokok mas cotek adalah merupakan pokok yang menumpang. pokok ini menumpang bersama pokok-pokok lebih besar bagi menerima cahaya matahari. Ia boleh juga dijumpai di antara batang-batang pokok dan batu-batu besar yang terdedah dengan cahaya matahari.

Kebaikan :

* Membantu menguatkan ingatan manusia
* Mengawal nitrik oksida
* Melancarkan peredaran darah
* Menghalang dari darah beku
* Mengawal kolestrol di dalam badan
* Mengurangkan tekanan darah tinggi
* Melambatkan proses menopouse
* Menyingkirkan toksik di dalam badan

Wednesday, February 3, 2010

MANGGIS


Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.


Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Kebaikan :

Tumbuhan ini mampu merawat dan mencegah :
* Malaria
* Tibi
* Penyakit kulit
* Kulit sensitif / alergi
* Cirit-birit
* Dysntery
* Menghaluskan kulit
* Jangkitan kulat
* Gatal-gatal pada kulit

KISMIS

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.

Kebaikan :

* Menguatkan jantung
* Menghilangkan penyakit mudah lupa
* Meningkatkan daya ingatan
* Mencerdaskan minda
* Mebersihkan hati
* Mencerahkan mata
* Menajamkan fikiran

MANJAKANI

Nama saintifik : Quercus infectoria oliv

Nana daerah :
* Manjaan
* Majakam
* Jentri




Kebaikan :

Tumbuhan ini mampu membantu untuk :
* Merawat penyakit keputihan
* Perapat
* Membaiki tisu- tisu di dalam
   badan selepas bersalin
* Menstabilkan hormon
* Melancarkan darah
* Menjana tenaga
* Merawat kencing manis
* Merawat asma
* Mencegah kanser payudara
* Mencegah kanser rahim

Tuesday, February 2, 2010

HALIA

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.


Kegunaan lain

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Kebaikan :

* Mengautkan tenaga batin
* Menambahkan air mani
* Membuang angin di dalam badan
* Mengurangkan sakit sendi dan tulang
* Mengurangkjan senggugut
* Mengawal demam

SIRIH

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar. Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman. Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Kebaikan :

* Mengawal kencing manis
* Mencegah cancer
* Mengawal tekanan darah tinggi
* Mencegah hepatatis
* Mencegah Asma

MENGKUDU

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda citrifolia L.

Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia ada dua spesies mengkudu, iaitu mengkudu besar dan mengkudu kecil (Morinda elliptica).

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.

Daunnya berukuran 15 - 25 sentimeter (sm) panjang, 6 - 10 sm lebar dan berwarna hijau muda. Bunganya kecil, bentuk cerombong, berwarna putih, tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang , 2 - 4 sm lebar berwarna putih kekuningan. Isinya lembik dan berjus apabila masak, mengandungi biji yang banyak.

Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil, berukuran 2 - 2.5 sm panjang dan 1 - 1.5 sm lebar, berwarna kehitaman apabila masak.

Kebaikan :

* Melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan
   hingus meleleh.
* Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, 
   muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan
   makanan.
* Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan
   merendahkan aras kolesterol.
* Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine,
   sakit ginjal dan buah pinggang.
* Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
* Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
* Meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah
   tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, 
   penyakit kuning dan demam panas.
* Daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.
   Caranya ialah dengan membalut daun
   mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
   (bagi wanita lepas bersalin) 
* Sebagai bahan awet muda.

SENDUDUK

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

Kebaikan :

Merawat luka luaran dan dalaman :
* Wanita bersalin
* Cirit birit
* Penyakit leukrea (keputihan)
* Buasir
* Mengelakan kudis dari berparut
* Mengubati bintik-bintik cacar
* Mengurangkan kesakitan gigi
* Mengurangkan angin dalam badan

KACIP FATIMAH

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.


Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

Kebaikan :

Tumbuhan ini sangat terkenal untuk kaum wanita.

* Mempercepatkan proses kelahiran bayi
* Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
* Membantu mengecutkan rahim
* Melangsingkan badan
* Merangsang pengeluaran hormon di dalam badan
* Melancarkan kitaran haid
* Mengurangkan sakit senggugut
* Cirit birit
* Ghonorea

BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.


Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda.

Kebaikan :

* Merawat masalah kulit kepala
* Penawar resdung
* Batuk
* Selsema
* Melancarkan sistem penafasan
* Asma (lelah)
* Menghilangkan bau rokok
* Menguatkan sistem paru-paru dan jantung
* Menyejukan badan akibat panas dan jerubu
* Membersihkan buah pinggang
* Melawaskan kencing
* Mengurangkan kolestrol
* Sakit kepala dan migrain
* Rambut gugur

TONGKAT ALI

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Kebaikan :

*  Mempunyai kesan (aphrodisiac) yang baik
*  Meningkatkan kesihatan
*  Membantu merawat
-  Pening kepala
-  Luka-luka
-  Kurap
-  Disentri
-  Bengkak
-  Kelenjar
-  Antileukamik
-  Antitumor
-  Antivirus
-  Antifidan
-  Insektisidal
-  Antiamebik
-  Antimalaria
-  Antiradang

LENGKUAS

LENGKUAS


Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.

Kegunaan:

Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.

Lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih. Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari, pagi dan malam.

Kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.

Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik

Kebaikan :

* Menghangatkan badan
* Membersihkan darah
* Menambahkan nafsu makan
* Mempermudah pengeluaran angin dari dalam tubuh
* Mecairkan kahak
* Mengharumkan serta merangsang otot
* Merawat panau
*.Mengurangkan masalah senggugut
* Merawat penyakit kulit
* Merawat bengkak limpa

MISAI KUCING

POKOK MISAI KUCING

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Kebaikan :

Membantu mengurangkan masalah :
* Tekanan darah tinggi
* Kencing manis
* Radang ginjal / pundi kencing
* Kencing tidak lawas
* Keputihan dan senggugut
* Radang sendi (arthritis)
* Sakit belakang dan pinggang
* Gout
* Membantu menguraikan asid urik
* Membersihkan darah dari toksid