LENGKUAS
Ia merupakan tumbuhan yang berizom dan berumpun. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2.5 meter. Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui rizomnya. terdapat dua jenis lengkuas, lengkuas yang biasa digunakan dalam masakan selalunya berwarna putih manakala lengkuas untuk ubat mempunyai rizom berwarna merah yang lebih besar. Lengkuas memerlukan tanah yang bersaliran baik dan agak gembur untuk membantu pertumbuhan rizomnya.
Kegunaan:
Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak. Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.
Lengkuas juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun dukung anak (segar atau kering) dan 3 cawan air hingga mendidih. Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari, pagi dan malam.
Kerana lengkuas juga mampu mencairkan kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas, 2 ketul temu lawak dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan malam.
Lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik
Kebaikan :
* Menghangatkan badan
* Membersihkan darah
* Menambahkan nafsu makan
* Mempermudah pengeluaran angin dari dalam tubuh
* Mecairkan kahak
* Mengharumkan serta merangsang otot
* Merawat panau
*.Mengurangkan masalah senggugut
* Merawat penyakit kulit
* Merawat bengkak limpa
Tuesday, February 2, 2010
LENGKUAS
Posted by Tropical Bioessence at 8:17 PM
Labels: ALPINIA GALANGA, GREATER GALANGAL, HERBA, LENGKUAS, RIZOM, ZINGIBERACEAE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment