Tuesday, February 2, 2010

KACIP FATIMAH

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.


Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

Kebaikan :

Tumbuhan ini sangat terkenal untuk kaum wanita.

* Mempercepatkan proses kelahiran bayi
* Mengembalikan kecergasan selepas bersalin
* Membantu mengecutkan rahim
* Melangsingkan badan
* Merangsang pengeluaran hormon di dalam badan
* Melancarkan kitaran haid
* Mengurangkan sakit senggugut
* Cirit birit
* Ghonorea

0 comments: