Sunday, February 7, 2010

KADUK


Nama saintifik : Piper sarmentosum

Nama daerah :
* Sirih duduk
* Kaduk kampung
* Thippli
* Daun Cabei

Tanaman ini tumbuh menjalar. Ia mudah tumbuh di kawasan yang teduh dan lembab atau di bawah teduhan.
Daun kaduk seperti daun sirih dan berbentuk jantung. Bahagian tepi daun dan permukaan daun melancip di hujungnya. Daunnya nipis dan berwarna hijau tua atau hijau muda. Daun kaduk mempunyai bau seperti daun sirih yang lemah.
Batang pokok kaduk lembut dan mudah dipatahkan. Batangnya berambut. Diameter batangnya adalah antara 0.3cm - 0.7cm. Batang pokok kaduk terlindung kerana daunnya yang lebat dan merimbun.
Bunga kaduk kecil-kecil tersusun padat pada satu jambak di hujung tangkai yang terselit di celah-celah daun. Jambaknya pendek dan berwarna putih. Buahnya pula berwarna hijau dan sukar kelihatan. 

Kebaikan :
* Mengubati sakit pinggang
* Membantu merawat selsema, sakit kepala, hidung, telinga, ulser,  
   demam malaria, batuk yang berpanjangan
* Merawat bengkak hati
* Merawat penyakit kecacingan
* Menurunkan suhu panas badan
* Membuang angin dalam badan

0 comments: