Tuesday, February 9, 2010

AKAR LALANG

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.
Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.

Kebaikan :
* Mengubati bengkak pada bahagian bawah usus
* Meredakan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar
* Meredakan rasa tidak selera perut akibat terlalu penuh atau angin
   tidak keluar.
* Meredakan batuk
* Mengatasi masalah jangkitan saluran kencing
* Meningkatkan aliran air kencing
* Mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan
   lenguh sendi.
* Mengatasi masalah tekanan darah tinggi
* Mencegah pembengkakan otot
* Mengurangkan demam

0 comments: