Tuesday, February 2, 2010

MENGKUDU

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda citrifolia L.

Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia ada dua spesies mengkudu, iaitu mengkudu besar dan mengkudu kecil (Morinda elliptica).

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.

Daunnya berukuran 15 - 25 sentimeter (sm) panjang, 6 - 10 sm lebar dan berwarna hijau muda. Bunganya kecil, bentuk cerombong, berwarna putih, tumbuh di kepala bunga. Buahnya bujur, 5 - 10 sm panjang , 2 - 4 sm lebar berwarna putih kekuningan. Isinya lembik dan berjus apabila masak, mengandungi biji yang banyak.

Mengkudu kecil mempunyai daun yang runcing, berukuran 12 - 17 sm panjang dan 3 - 4 sm lebar. Buahnya kecil, berukuran 2 - 2.5 sm panjang dan 1 - 1.5 sm lebar, berwarna kehitaman apabila masak.

Kebaikan :

* Melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan
   hingus meleleh.
* Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, 
   muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan
   makanan.
* Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan
   merendahkan aras kolesterol.
* Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine,
   sakit ginjal dan buah pinggang.
* Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
* Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
* Meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah
   tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, 
   penyakit kuning dan demam panas.
* Daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.
   Caranya ialah dengan membalut daun
   mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
   (bagi wanita lepas bersalin) 
* Sebagai bahan awet muda.

0 comments: