Monday, February 8, 2010

TEKNOLOGI PEMPROSESAN

TEKNOLOGI PEMPROSESAN DAN PENGEKSTRAKAN
DI TROPICAL BIOESSENCE (TBE)

TBE adalah merupakan sebuah pusat sehenti untuk herba dan fitokimia. Di sini terdapat beberapa teknologi proses yang sesuai untuk mengeluarkan bahan aktif daripada tumbuhan yang larut air (water soluble). Bahan ekstrak adalah lebih baik berbanding bahan yang dikisar kerana selain dari larut air, bahan ekstrak ini juga mudah dihadamkan di dalam perut.
Pengekstrakan dijalankan secara moden, pasti ini merupakan cara paling efektif untuk mengekalkan keaslian sesuatu herba. Melalui pengekstrakan maka bahan yang tidak larut dan tidak dicernakan adalah terdiri daripada selulosa dan serat.


PROSES PENGEKSTRAKAN

1. Sesuatu herba perlulah dikeringkan dengan menggunakan oven untuk mengelakkan kelembapan yang boleh mengakibatkan pembiakan kulat. Ini dilakukan untuk menjaga kualiti sesuatu produk yang dihasilkan.
2. Bahan tersebut akan dikisar kasar sebelum dimasukan ke dalam tangki.
3. Kemudian direbus sehingga mencecah suhu yang telah ditetapkan bagi mengeluarkan pati yang terdapat di dalam bahan mentah.
4. Selepas pati ditapis, cecair atau pati herba berkenaan akan disembur kering dengan menggunakan alat sembur kering
(spray dry) bagi menukarkan pati kepada serbuk yang mudah larut air.
5. Serbuk herba kemudiannya akan dibungkus kepada setiap 1kg untuk kegunaan pihak industri tertentu bagi formulasi produk mereka.


CIRI-CIRI EKSTRAK
* MANFAAT, KEBERKESANAN DAN KESELAMATAN
* PRODUK BERFORMULASI TINGGI
* KUALITI PIAWAIAN
* PENJIMATAN DAN EKONOMI


1. MANFAAT, KEBERKESANAN DAN KESELAMATAN
Kebanyakan pengusaha-pengusaha herba hari ini hanya mengisar halus bahan mentah, dikapsulkan dan terus dijual kepada pengguna. Ini sebenarnya boleh memudaratkan pengguna sendiri kerana bahan yang dikisar boleh mengakibatkan proses pencernaan tubuh akan terganggu khususnya gastro usus.
Dengan adanya teknologi pengekstrakan, bahan yang larut air telah dihasilkan. Ini memudahkan penyerapan herba ke dalam sistem pencernaan dan seterusnya membantu mencapai keberkesanan dan manfaat sesuatu herba itu berfungsi apabila dimakan serta diambil dalam kuantiti yang betul lagi teratur.

2. PRODUK BERFOMILASI TINGGI
Bahan ekstrak lebih mudah digunakan kerana dalam pembuatan kosmetik dan nutraseutikal ia lebih mudah diadun dan ini memudahkan lagi kerja-kerja penyelidikan.

3. KUALITI PIAWAIAN
Dengan permintaan yang semakin meningkat bagi produk herba yang digunakan di seluruh dunia telah menyebabkan pakar-pakar penjagaan kesihatan dan penyelidik-penyelidik menawarkan kaedah-kaedah baru bagi mencapai tahap kualiti, efikasi dan keselamatan.
Tahap piawaian yang tinggi bagi ekstrak tumbuhan dilakukan untuk memastikan sesuatu ekstrak tertentu konsisten dan berulang dalan menentukan mutu keberkesanan dan penerimaan bagi bahan aktif tumbuhan.
Ujian biologi dan ujian kimia dijalankan ke atas proses ini bagi menentukan kualiti produk yang dihasilkan.
Pada masa kini, ia menjadi teknologi utama untuk mencapai tahap dipatenkan dan dikomersialkan. Tambahan lagi, ekstrak piawai secara teorinya mempunyai kesan terapeutik yang tinggi berbanding keseluruhan herba atau ekstrak tidak mempunyai tahap piawaian.

4. PENJIMATAN DAN EKONOMI
Bahan mentah yang diekstrak secara ekonomi dapat menjimatkan masa kerana hasil ekstrak yang tersendiri telah merangkumi keseluruhan herba.
Bahan ekstrak dalam bentuk serbuk, mempunyai jangka hayat yang lebih lama kerana sukar mengalami kontaminasi berbanding dalam bentuk cecair.

Perkhidmatan yang ditawarkan :
* Penulenan dan pengekstrakan herba / fitokimia
* Pemprosesan herba / fitokimia
* Penyemburan kering dan pengeringan beku


UNTUK PERTANYAAN :
Tropical Bioessence Marketing
No. ST 519, Jalan Tunas Baru, Seksyen 1/4,
Kawasan Perindustrian MIEL Masjid Tanah
78300 Melaka.
Fax : 06 - 384 2900
Email : aromasutra@yahoo.com
Tel : 019 - 752 6867 RUSDI

0 comments: